Pemandu Lori Cedera Akibat Bumbung Jejantas Lebuhraya Di JB Jatuh.
Kejadian ini berlaku kira-kira jam 4.30 petang iaitu bumbung jejantas lebuhraya Perling-Pasir Gudang berhampiran Taman Kobena runtuh ketika hujan lebat.
Mengikut pernyataan Balai Bomba dan Penyelamat JB, kejadian ini berlaku telah menyebabkan seorang pemandu lori cedera setelah tersepit dalam lorinya yang dihempap itu.
Sebuah motosikal serta dua buah kereta turut rosak akibat daripada kejadian ini. Sewaktu penyelamat sedang menjalankan tugas, didapati seorang mangsa iaitu pemandu lori berkenaan tersepit lalu dikeluarkan oleh pihak bomba. Mangsa dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah, JB.
Pihak bomba telah menghantar sebanyak sebuah jentera bersama sembilan anggota sebaik sahaja menerima panggilan berkenaan dengan kejadian itu pada 4.36 petang dan tiba pada 5.05 petang.
SEKIAN
Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon