(8 GAMBAR) Kemalangan Yang Mengerikan Motosikal Berkuasa Tinggi Di Lebuhraya Karak.
Kejadian telah berlaku di lebuhraya Karak, kemalangan di antara motosikal berkuasa tinggi dan kereta ini telah menyebabkan kebakaran dan penunggang motosikal rentung. Difahamkan, dua penunggang motosikal maut di tempat kejadian manakala seorang lagi parah selepas terbabit dalam kemalangan di kilometer 25 lebuhraya Karak kira-kira jam 11.15 pagi.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba Dan Penyelamat Selayang, kemalangan ini telah melibatkan juga sebuah kereta yang mana mengakibatkan seorang penunggang motosikal rentung manakala rakannya maut dirempuh sewaktu kemalangan itu.
Dia berkata lagi, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 11.22 pagi dan telah tiba selepas 15 minit untuk kerja memadam kebakaran serta menyelamat.
Seorang mangsa dikejarkan ke hospital manakala dua lagi telah maut di tempat kejadian. Punca sebenar kemalangan masih lagi dalam siasatan tetapi berkemungkinan besar kemalangan ini berlaku sewaktu kereta dan motosikal ini sedang menuruni selekoh curam di lebuhraya berkenaan.
SEKIAN
Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon