Punca Kepala Budak Empat Tahun Tersepit Jerigi Besi
Kejadian telah berlaku di Gombak, kepala seorang kanak-kanak berusia empat tahun telah tersepit di jerigi besi pintu rumahnya yang membuatkan dia menangis dan seluruh ahli keluarga panik.
Kejadian ini berlaku kira-kira jam 2,20 petang di mana kanak-kanak ini sedang bermain di halaman rumah, dan kanak-kanak ini telah mencuba memasukkan kepalanya di antara jerigi itu dan akhirnya tidak berjaya untuk keluarkan kembali.
Difahamkan, ahli keluarga telaj menelefon pihak bomba dan penyelamat bagi memohon bantuan. Ahli bomba dan penyelamat tiba kira-kira 2.35 petang.
Selepas tiba, pihak bomba dan peyelamat akhirnya berjaya mengeluarkan kepala kanak-kanak tersebut dengan memotong jerigi besi menggunakan alat khas pemotong besi.
Jadi, pengajaran disini ialah, ibubapa perlulah memantau setiap pergerakkan anak-anak agar mereka sentiasa jauh dalam bahaya.
SEKIAN
Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon