Rozita Che Wan Berang Dek Kerana Dituduh Tak Pandai Jaga Anak.
Minggu lepas kan Zain Saidin baru je membuat pernyataan yang dia tidak kisah anaknya pergi ke kelab malam ?
Kali ini saya ada terbaca tentang status pelakon serta pengacara terkenal, Rozita Che Wan yang bengang kepada satu blog hiburan.
Disebabkan itu, Che Ta telah menerima pelbagai tuduhan daripada pelbagai pihak yang mengatakan bahawa Che Ta lepas tangan dan tidak tahu mengawal tindak tanduk anaknya.
Hari ini pula Che Ta muncul lagi, kali ini di Harian Metro pulak. Pergh.. marah betul Che Ta dan mengatakan apa yang dituduh itu semuanya fitnah belaka.
Che Ta berkata bahawa semua itu fitnah dan beliau tahu nak menjaga tindak tanduk anaknya serta beliau bukanlah nak pertahankan anak secara melulu tanpa usul periksa.
Che Ta juga juga mengatakan yang beliau sentiasa mengikuti instagram anaknya dan beliau tahu dengan siapa anaknya berkawan. Anaknya juga akan beritahu kepada Che Ta terlebih dahulu sebelom buat apa-apa.
Che Ta juga meminta kepada semua media dan blog untuk menghentikan tuduhan ini, dan beliau tahu untuk menghukum anaknya jika melakukan kesalahan.
Itulah serba sedikit luahan hati daripada Rozita Che Wan. Hmm.. sebenarnya kan ini bukan pertama kalinya terjadi, sebelom ni pon pernah kecoh yang Che Ta membenarkan anaknya pergi ke Future Music Festival Asia (FMFA) yang lalu.
Harap sangat Che Ta banyak bersabar. Ia la kan, ibunya seorang yang popular dan anaknya pon ingin tumpang popular jugak kan. Biasalah liku-liku kehidupan seorang insan yang bergelar artis..
sekian...
Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon