(4 GAMBAR) Agak Mengerikan Ratusan Telor Menetas Di Kaki
Nasib malang salah seorang graduan dari Universiti Plymouth, United Kingdom telah diserang dengan seekor pepijat dan juga beratus-ratus telor keluar daripada kakinya selepas beberapa minggu dia pulang dari Tanzania.
Mangsa yang bernama Matthew O' Donnel sedang berehat diatas katilnya dan secara tiba-tiba dia merasakan kakinya berasa dicucuk sebelum pepijat itu yang menetaskan hampir 100 telor kecil berderai keluar melalui tapak kakinya itu.
Dia terkejut melihat telor dan pepijat itu. Kemudian baru dia teringat bahawa salah seorang kawannya turut mempunyai benkak yang sama di hujung kakinya.
Dia berkata bahawa nampaknya serangga itu menggunakan kakinya sebagai tiket percuma untuk keluar dari Tanzania.
Ketika dia berada di sana, dia ada diingatkan dengan pepijat tetapi dia tidak menyagka yang kakinya akan menjadi sasaran pepijat itu.
Selepas itu, kakinya berlubang dan doktor mengatakan bahawa kakinya kini selamat dan bebas daripada pepijat mahupun telornya.
Dia berkata juga yang dia menggunakan tisu tandas untuk mengalihkan kesemua telor pepijat itu lalu membuangnya ke dalam lubang tandas dan mengepamnya.
Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon