Memey Tidak Sanggup Hidup Dimadukan.



Pelakon cantik drama bersiri Pulang Sayang ini mengakui bahawa tidak pernah menyalahkan peminat yang mendoakan hubungan suaminya pelakon kacak, Norman Hakim itu bersama bekas isterinya Abby Abadi kembali bersatu.

Menurut kenyataan Memey Suhaiza, 26, peminat akan terus untuk memberikan macam-macam pandangan terhadap hubungan mereka.

Katanya lagi, selain yang meyokong mereka kembali bersama, ada juga yang marah dan meminta agar Kak Abby tidak mengganggu rumahtangga Memey.

Ada lagi perkara yang lain yang disampaikan kepadanya, tetapi itu semua hak mereka dan Memey berasa okay je sebab sebelom ini dia pernah berhadapan dengan perkara yang lebih terok lagi, jelas Memey kepada Zass menerusi aplikasi Whatsapp.

Kata Memey lagi, dia tidak pernah terpikir akan perkara ini (bermadu) kerana dia cukup selesa dengan hubungan ini.

Memey serta Norman memang sentiasa berhubung dengan Abby untuk bertanyakan khabar serta memberikan kata-kata semangat jika diperlukan.

Memey turur meminta kepada semua agar mendoakan yang terbaik buat mereka kerana hubungan baik tersebut hanya demi anak-anak tercinta.

SEKIAN
Previous
Next Post »
Thanks for your comment