Suami 'NAIK DARAH' ....
Kejadian ini berlaku di Alor Setar, seorang wanita terpaksa menanggung penderitaan kerana dipukul serta ditolak oleh suaminya sendiri dan mengakibatkan tulang belakangnya patah dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Sentang, Utan Aji, Kangar, Perlis ahad lalu.
Waktu kejadian dalam pukul 12 tengah hari ketika seluruh umat islam sibuk menyambut Hari Raya Aidiladha, mangsa yang berusia 50 tahun dan juga merupakan salah seorang kakitangan syarikat pencetakan mendakwa bukan sahaja dipukul dengan kejam, malah turut juga diherdik dan maki hamun oleh suaminya, 55 tahun yang tiba-tiba naik hantu.
Diberitahu, kejadian ini berpunca selepas suami mangsa itu menjumpai peralatan yang digunakan untuk kerja pemasangan paip di temapat pembakaran sampah berhampiran rumah telah dipercayai dibuang oleh anak tunggal lelaki pasangan ini.
Lebih memilukan apabila jam 4 pagi keesokkannya mangsa dipijak pula dimuka, kaki dan tangan sehingga bengkak selain diseret keluar daripada bilik tidur hingga ke ruang tamu kerana dituduh mencarut walaupun ketika itu mangsa sedang membaca yassin.
Berikutan dengan kejadian itu, tulang belakang milik mangsa disahkan patah oleh doktor dan perlu menjalani pembedahan yang menelan kos sebanyak RM10, 000 untuk memasukkan besi bagi memberi support pada tulangnya itu..
SEKIAN
Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon