Pisau Dibawa Naik Bas Nombor Yang Sama.
Berlaku di Georgetown, wanita kurang siuman yang telah menikam pemandu bas rapid penang, semalam telah pon ditahan ketika dia sedang menaiki bas yang bernombor sama di Jalan Paya Terubong.
Pekebun sayur yang mempunyai umur lingkungan 48 tahun itu ditahan oleh pemandu bas yang mengenali wanita terbabit kerana dia dikatakan hampir setiap hari akan menaiki bas Rapid Penang yang bernombor 502 laluan dari Jeti ke Balik Pulau untuk ke pasar.
Selepas menahan wanita tersebut, dia teros menyerahkan wanita berkenaan ke balai polis dan polis menjumpai sebilah pisau disyaki senjata kes serangan tersebut.
Kita difahamkan, wanita itu akan menaiki bas untuk pergi ke pasar berhampiran bagi menjual hasil tanamannya secara kecil-kecilan kepada peniaga di pasar berkenaan.
Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid telah berkata, polis mendapatkan perintah tahanan reman selama empat hari keatas wanita terbabit bagi kes serangan tersebut.
Katanya lagi, polis percaya akan dapat menyelesaikan kes ini berikutan senjata yang dipercayai digunakan dalam kejadian berkenaan sudah ditemui.
Wanita berkenaan akan direman selama empat hari dan akan didakwa mengikut seksyen 324 kanun keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.
Semalam pula, pemandu bas rapid penang Aisyamudin Yaacob,27, tidak sedarkan diri apabila dia telah ditikam di peha kanan oleh wanita berkenaan yang dikatakn tidak berpuas hati kerana mangsa tidak memberhentikan bas di depan rumahnya berikutan hentian bas terletak berhampiran kawasan berkenaan.
Tikaman tersebut berjaya terkena urat saraf utamanya membuatkan mangsa mengalami pendarahan yang terok. SEKIAN
-talib-
Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon