Izara Dan Adib Sambut Hari Lahir Sesama Sendiri.


Lebih kurang seminggu yang lalu, Adib Khalid anak kepada Datuk Khalid Mohd Jiwa telah menyambut hari lahir pelakon cantik Izara Aishah dalam suasana yang cukup meriah.

Perkara ini dapat dibuktikan sendiri melalui laman instagramnya. Dimana Adib telah memuat naik gambar mereka berdua bersama-sama.

Adib juga mengatakan ribuan terima kasih kepada yang sudi datang ke majlis suprise yang dilansungkan istimewa untuk Izara dalam gambar yang dimuat naiknya di instagram.

Bagi segelintir pihak, dengan adanya gambar dan status tersebut, jelas membuktikan bahawa hubungan mesra yang terjalin antara Izara Aishah dan Adib Khalid bukanlah rahsia lagi.

Terkini, melalui gambar yang dimuat naik di laman instagram Dato' Siti Nurhaliza, terlihat sekali wajah Izara Aishah dan kali ini pulak giliran beliau menyambut hari kelahiran Adib Khalid.

Apa yang menarik disini, gambar ini cukup istimewa kerana Izara turut ditemani oleh keluarga Adib sendiri termasuk Dato' Siti, Datuk K, adik beradiknya, dan tidak ketinggalan ibu kepada birthday boy iaitu Tengku Zawiyah.

Mengikut kajian den la, kalau dah macam gini, mereka berdua bukanlah lagi mempunyai hubungan yang sembarangan lagi.

Bukanlah senang kan seseorang itu nak masok sekali dalam satu gambar keluarga besar kecuali seseorang itu mempunyai hubungan yang telah direstui kan.

Jadi, baik Izara mahupun Adib jangan lah nak main sorok-sorok lagi ye..terima je hitam putih kehidupan ini sebagaimana hitam putih gambar diatas.   SEKIAN.

-talib-

Previous
Next Post »
Thanks for your comment