Sebuah Villa "Berhantu" Ditawarkan Secara Percuma Kepada Orang Ramai.



Rumah ini dikatakan telah menjadi lokasi pembunuhan secara beramai-ramai dan mengerikan, kini telah ditawarkan secara percuma secara percuma setelah majlis tempatan di Orizaba, Mexico mahu membersihkan banggunan yang terbiar dan agak menyakitkan pandangan.

Rumah tersebut dikatakan berhantu kerana bagi sesiapa yang pernah duduk rumah itu, pasti akan mengalami peristiwa mengerikan, jelas jiran-jiran.

Telah dibina oleh seorang ahli perniagaan yang kaya-raya dan pernah menjadi sebuah kediaman villa yang menarik pada suatu ketika dahulu, tetapi kini telah ditinggalkan dan menjadi usang.

Pada sebalik villa ini, terdapat satu kisah yang amat menyedihkan iaitu ahli keluarga pemilik villa ini telah dibunuh dengan kejam sekali oleh pembantu rumah kerana cemburu.

Kisahnya, ahli perniagaan ini tinggal bersama isterinya dan mempunyai dua orang anak, mereka telah mengupah pembantu rumah lelaki untuk ditugaskan menjaga rumah ini dan memasak.

Tetapi lelaki ini dengki dengan kekayaan yang dimiliki oleh si pemilik villa ini, telah membunuh kesemua ahli keluarga pemilik villa ini dengan meletakkan racun pada makanan mereka.

Dia merancang untuk menanam kesemua mayat di halaman rumah akan tetapi dapat disedari oleh rakan ahli perniagaan ini lalu rakannya itu menangkap si pembantu rumah ini dan membunuhnya juga.

Setelah itu, rumah ini dibiarkan kosong dan jiran-jiran percaya yang rumah ini berhantu dan dinyatakan roh kesemua ahli keluarga itu masih berkeliaran di dalam villa tersebut. Akibatnya, rumah itu gagal mendapat pembeli dan kini telah ditawarkan secara percuma kepada sesiapa sahaja.

SEKIAN
Previous
Next Post »
Thanks for your comment