Sebaik Sahaja Bangun Dari Koma 17 Bulan, Paderi Itu Memeluk Islam.
Inilah kuasa Allah yang telah memberikan hidayahNYA kepada seorang paderi setelah bangun daripada koma selama setahun lima bulan.
Ketika terjaga dari tidur, Eduardo Vicenzo Maria Gomez yang berumur 87 tahun akhirnya telah memeluk islam kerana dia mendakwa yang dia berinteraksi dengan Allah S.W.T sewaktu dalam koma serta ditunjukkan juga kenikmatan syurga.
Dia ini yang telah dilahirkan di Sepanyol, menetap dan mengajar ajaran kristian selama 43 tahun di Pulau Jawa dan sangat dihormati sekali oleh seluruh penduduk.
Mengambil daripada sumber laman World News Daily, Gomez yang telah mengalami masalah jantung telah koma setelah dia terjatuh dari tingkat dua sewaktu sedang membaiki rumah ibadat bersama-sama penduduk.
Katanya lagi kepada Kalimantan Press, dia tidak tahu apa-apa tentang islam serta tidak tahu membaca al-quran, tetapi dia mendapati satu cahaya bersinar-sinar memancar kebadan dia sebelom dia dapat melihat pintu syurga yang berwarna keemas-emasan.
Berita ini cepat sahaja menjadi viral dan mengejutkan ramai pengikutnya, namun segelintir daripada mereka cuba mengikut jejak langkahnya itu iaitu memeluk islam.
SEKIAN
Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon