(6 GAMBAR) JDT Siap Siaga Untuk Perlawanan Timbal Balik.



Selepas memproleh seri tanpa jaringan di Terengganu, perlawanan timbal balik 'penentu' di stadium keramat Larkin akan menyaksikan aksi JDT yang lebih tergilap. Latihan padang yang berterusan.

Tumpuan kepada 'finishing dan set piece' adalah lebih agresif. Menurut penolong jurulatih Ismail Ibrahim, mereka kini sedang memperbaiki kesilapan yang dilakukan semasa perlawanan suku akhir pertama di Terengganu.

Para pemain berada dalam semangat yang tinggi dan mereka juga sedang giat berlatih untuk memperkemaskan set piece di samping mengkaji kesilapan lalu dalam video dan juga untuk kesesuaian taktikal sera strategi.







Dengan beberapa ketidakpastian tahap 'kesiap-siagaan' Jorge Pereyra Diaz, Safee Sali, Daudsu, dan Izham Tarmizi yang masih lagi dalam proses pemulihan latihan kekuatan di gimnasium adalah sebahagian daripada rejim latihan untuk semua.

Perisai sudah digilap, busur diperketatkan, pisau sedang diasah dan sememangnya, JDT akan lengkap bersenjata dan berperisai sehingga ke telinga.

Dengan pertempuran yang bakal dibawa ke tanah Larkin 17 oktober ini !
Kami sedia menunggu anda Terengganu....
Luaskan Kuasamu JOHOR    SEKIAN

-talib- 
Previous
Next Post »
Thanks for your comment