(5 GAMBAR) Rumah Hantu Yang Paling Menyeramkan Di Dunia.


Rumah hantu yang diberi nama McKamey Manor merupakan satu destinasi yang amat menyeramkan di dunia sehinggakan para pengunjung diculik, disumbat serta dilumurkan dengan darah.

Rumah Hantu ini terletak di San Diego, California yang hanya boleh menampung dua kumpulan pada satu masa dan begitu menakutkan sehingga setakat ini tiada siapa yang dapat menyelesaikannya.

Filem seram interaktif juga telah menyaksikan peserta yang berani akan dipaksa masuk kedalam kandang ular, serta dipaksa juga memakan telur busuk.

Walaupun rumah hantu mempunyai tahap ngeri yang maksimum, ada juga yang menunggu dalam anggaran 24, 000 orang dan rumah hantu ini hanya beroperasi dalam tempoh 8 jam.

Peserta akan diperiksa dahulu oleh pengasasnya, Russ McKamey sebelum mereka dibenarkan untuk menyertainya, bahkan ahli tentera laut atau peminat sukan lasak sekali pon masih tak dapat menyelesaikan pengalaman menyeramkan ini.


Pessrta akan berjalan di antara empat lokasi dan perjalanan mereka akan dirakamkan. Para penonton boleh melihatnya di webcam global, pengalaman menyeramkan ini berlaku sekurang-kurangnya 4 jam.

Oleh disebabkan sifat sistematik, tiada peserta yang akan mengalami pengalaman yang sama kerana tema akan berubah pada setiap tahun.

Difahamkan bahawa Russ dan teman wanitanya, Carol Schultz, telah menghabiskan wang sejumlah USD 500 ribu untuk mencipta McKamey sebuah rumah yang menakutkan di muka bumi ini.





SEKIAN
Previous
Next Post »
Thanks for your comment