(4 GAMBAR) Cerita Sebenar Budak Dua Tahun Maut Dilanggar Kereta.
Kisah sebelom ini yang mengatakan budak dua tahun ini maut dilanggar kereta yang dipandu ayahnya sendiri, namun tidak benar sama sekali. Kisah sebenarnya adalah budak dua tahun ini maut kerana dilanggar oleh jirannya yang tidak sedar bahawa arwah berlari-lari di belakang kereta sewaktu kereta tersebut ingin mengundur.
Laporan beritanya..
Kejadian in berlaku di Baling, keriangan seorang kanak-kanak berumur dua tahun yang bermain di halaman rumah sewaktu menyambut perayaan Aidiladha 5 Oktober lalu, bertukar tragedi apabila dilanggar kereta.
Kejadian ini berlaku kira-kira pukul 11 pagi dan menyebabkan Hamzah Mohd Yusren, telah meninggal dunia ketika perjalanan nak ke hospital Baling.
Timbalan Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Wari Kiew menyatakan bahawa kejadian telah berlaku di kawasan persendirian sebuah maahad tahfiz di kampung sungai tembak B, Baling, Kedah.
Sewaktu kejadian, seorang jiran yang juga merupakan seorang guru sedang mengundurkan keretanya dan tanpa disedarinya, mangsa secara tiba-tiba berlari ke belakang kereta.
Akibatnya, kanak-kanak malang itu telah dilanggar dan mengalami kecederaan lalu dikejarkan ke Hospital Baling, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Baling itu kepada Sinar Harian semalam.
SEKIAN
Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon