(3 GAMBAR) Anak Tidak Mahu Jumpa Ibunya Kerana "Hodoh" ?



Insan yang bergelar ibu ini kecewa selepas anak tunggalnya enggan berjumpa dengannya atas alasan rupanya yang hodoh.

Ding Liang yang berumur 63 tahun telah dijumpai menangis di tepi jalan di Bandar Hangzhou Timur China selepas dalam perjalanan lebih kurang 5 jam untuk berjumpa dengan cucunya yang dikhabarkan baru lahir.

Dia telah pon membawa bersamanya beg pakaian serta juga hadiah dengan harapan anaknya itu akan berubah hati apabila menemuinya nanti.

Tetapi selepas anaknya itu enggan menjawab panggilannya dan dia tidak tahu akan dimana anaknya tinggal, akhirnya Ding Ling terpaksa pulang bersama hadiah yang dibawanya itu dengan linangan air mata.


Ding dijumpai diluar kompleks oleh seorang insan yang mengambil berat akan dirinya, iaitu Hsin Pai yang berumur 53 tahun. Hsin terkejut apabila mendengar cerita sedih Ding lalu memangil stesen TV tempatan, untuk menemu bual.

Ding memberitahu anaknya itu seorang yang berpelajaran tinngi, dan setelah menamatkan pengajian, dia berpindah ke Hangzhou setelah mendapat pekerjaan sebagai jurujual kereta mewah serta sudah pon bernikah.

Akan tetapi anaknya itu berasa malu kepada ibunya kerana ibunya menghadiri majlis perkahwinannya itu dengan hanya berpakaian seperti petani dan selepas itu hubungan antara dua beranak ni menjadi renggang.

Ding tidak kisah akan perlakuan anaknya itu, tetapi selepas mendapat berita bahawa dia sudah mendapat cucu, Ding begitu teruja dan ingin sekali melihat wajah cucunya itu. Anaknya melarang Ding pergi menjumpai cucunya itu, akan tetapi, Ding tetap mahu berjumpa.

Setelah sampai di bandar Hangzhou, Ding seperti rusa masuk kampung kerana dia tidak tahu apa-apa, serta panggilan telefon yang dibuatnya kepada anaknya itu tidak langsung diangkatnya.

Ding begitu sedih, dan sebelom ini suaminya ada juga melarang pergi. tetapi kerana rasa cintanya yang kuat, Ding tetap pergi tetapi sikap anaknya itu memang betol-betol tidak berperikemanusiaan.
anak derhaka !!


SEKIAN
Previous
Next Post »
Thanks for your comment