(3 GAMBAR) Cerita Sebenar Sebalik Pengislaman Hana Tajima



Pada ketika ini, nama Hana Tajima Simpson telah menjadi perbualan ramai di antara blogger muslimah. Gadis yang asalnya kacukan Jepun dan Inggeris ini dikenali daripada gaya hijabnya yang agak unik dan kasual. Wajah manis ini juga telah mengisi beberapa majalah di UK dan Brazil.

Hana yang dikenali sebagai salah seorang pereka fesyen telah membuat kejutan melalui produk dengan nama Maysaa. Produk yang telah berjaya mengukir nama di pasaran dunia ini berupa hijab yang bernama "Layers". Melalui jenama tersebut, Hana telah memperkenalkan gaya berbusana yang trendi, namun masih tidak melanggar syariat islam.

Hana yang datang daripada keluarga kristian yang tidak berapa mementingkan agama dalam kehidupan mereka, akhirnya telah memeluk islam sewaktu berusia 17 tahun. Ayahnya yang berasal dari Jepun manakala ibunya pula berasal dari Inggeris. Minatnya terhadap agama islam semasa dia di sekolah tinggi. Hana telah bersahabat dengan beberapa rakan yang beragama islam.

Pada pemerhatian Hana, rakanya yang beragama islam ini lain daripada yang lain, "mereka sentiasa menjaga jarak diantara beberapa pelajar tertentu dan mereka enggan keluar jika diajak ke kelab malam". Bagi Hana, mereka ini sangat menarik dan dia ingin mengenalinya dengan mendalam lagi. Selain itu, rakan-rakan muslimah ini sangat menyenangkan apabila diajak berbincang tentag hal kuliah dan mereka lebih memanfaatkan masa dengan pergi ke perpustakkan atau berbincang antara satu sama lain.


Dari rakan-rakan muslimahnya itulah Hana mula tertarik dengan ilmu falsafah terutamanya falsafah islam. Sejak itu, Hana mula belajar falsafah islam langsung dari sumbernya iaitu, Al-Quran. Kenyataan bahawa Al-Quran tetap sama seperti sebelumya memberi maksud bahawa sentiasa ada titik rujukan untuk semua perkara. Dalam Al-Quran, Hana telah banyak menjumpai banyak rujukan yang berkisar tentang isu-isu mengenai hak wanita.

Semakin banyak dia membaca, dia mula mempersetujui denagn idea-idea di sebalik Al-Quran dan dia boleh melihat bagaimana islam boleh mewarnai kehidupan rakan-rakan muslimahnya itu. Namun pada saat itu, keinginannya untuk memeluk agama islam masih belum muncul lagi dalam dirinya. Sehinggalah tiba pada satu titik yang mana dia tidak dapat mengatakan tidak pada dirinya sendiri mengenai kebenaran agama ini, maka dia memutuskan untuk memeluk islam.

Rasa kagumnya terhadap ajaran-ajaran yang terkandung dalam Al-Quran akhirnya membuatkan Hana mengambil keputusan untukmemeluk islam. Tanpa menemui sabaranag paksaan dan halangan, dengan hanya disaksikan oleh rakan-rakan muslimahnya Hana pon mengucapkan dua kalimah syahadah.

Hana berkata, untuk menyatakan perkara ini terhadap keluarga adalah sesuatu yang mudah, dia tahu yang mereka akan gembira selagi mana dia juga akan gembira, dan mereka boleh melihat ianya adalah sesuatu yang baik.


Hana memutuskan untuk berhijab, Hana telah mengenakan hijab pada hari dia mengucap kalimah syahadah. Katanya, ini adalah satu perbezaan kisah hidupnya dahulu berbanding sekarang setelah memeluk islam.

Keputusan untuk mengenakan hijab telah menerima pelbagai reaksi dari orang-orang di sekelilingnya, terutama rakan rapatnya. Sebelum dia mengenakan hijab, dia sudah memahami fahaman negatif terhadap orang-orang yang berhijab dan dia akan cuba berpura-pura yang dia tidak mengetahuinya. Namun, seiring dengan masa, orang-orang di sekitarnya sudah boleh menerima penampilannya yang berhijab itu.

Di dalam blog peribadinya, Hana mengakui bahawa untuk berhijab di negara barat ini amat menakutkan, terutamanya semua mata akan memandangnya dengan pandanga aneh. Maklumkan, sebahagian penduduk di negara-negara barat ini telah dijangkiti dengan wabak Islamofobia, oleh sebab itu dia ingin membantu para muslimah di mana jua untuk terus berusaha mengatasi perasaan takut ini.

Kini, dengan busana Muslimah yang telah dirancangkannya, kaum muslimah di negara-negara barat akan mampu tampil dengan busana yang boleh diterima masyarakat di sana tanpa melanggar sebarang syariat islam. Kini fesyen busana muslimah yang diperkenalkannya itu bukan sahaja mendapat sambutan yang hangat di kalangan muslimah di seluruh dunia, malah penerimaan daripada yang bukan islam juga amat menggalakkan.

alhamdulillah..   SEKIAN
Previous
Next Post »
Thanks for your comment