Chef Wan Berkata, "Go To Hell, Aku Curi Duit Bapak Kau Ke
Kelihatan disini Chef Wan telah mengamuk sekali lagi setelah dihentam oleh beberapa follower instagramnya itu.
Lama betol kan kita tidak mendengar sebarang cerita mengenai Chef Wan, kali terakhir cerita mengenainya ialah bahawa dia melawak tentang penemuan pintu kapal terbang MAS.
Hah, kali ini ada pulak terbaca tentang status Chef Wan yang kelihatan seperti bengang. Dah kenapa pulak ni kan.
Melihat daripada status berkenaan, Chef Wan sebenarnya menemplak haters-hatersnya yang selama ini terlalu banyak memberikan komen-komen negatif terhadap dirinya, siap sampai cakap "go to hell with your opinion"...
Menurut salah seorang pengikut instagramnya, ada yang berkata yang Chef Wan ni saja nak menunjuk-nunjuk kekayaan yang dimilikinya.
Tetapi pada hakikatnya, Chef Wan hanya nak menunjukkan sebuah kedai di Chiang Mai sebagai panduan bagi sesiapa yang ingin bercuti atau membeli-belah kat sana. Itupon setelah ramai yang menanyakan akan kedainya itu.
Memang padanlah Chef Wan bengang sampai tahap macam gitu lagi, dia yang kerja macam separuh mati tapi orang lain nak sentap apahal kan ?
Hmm, biasalah adat menjadi selibriti kan, ada yang menyokong dan ada yang membenci..
SEKIAN
Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon